Tuesday, March 24, 2009

Siapa yang Pernah Melihat Burung Saya




Ada seorang lelaki tua yang hobbynya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di mesyuarat mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang punya burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah:
"Bukan itu maksud saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung,
"Maaf, bukan itu maksud saya"

Sekali lagi dia cuba bertanya,
"Maksud saya adalah….. siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"

Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga semakin gugup, segera berkata lagi,

"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri... dan seorang wanita yang lain... maka kali ini merah padam pula muka si isteri ..!

Lelaki itu pun cabut lari. Menyesal bertanya...

Dari kejauhan si pencuri tersenyum dan dalam hati berkata
" Wuuuooo...O... kamu ketahuannnn... "

No comments:

Post a Comment

Photo's


Slideshow